1. | Kata ganda terbentuk daripada kata dasar yang diulang atau digandakan seluruhnya atau digandakan sebahagiannya sahaja. | |
2. | Terbahagi kepada empat: | |
i. | Kata ganda seluruh Contoh: ibu-ibu , pokok-pokok, murid-murid dan sebagainya | |
ii. | Kata ganda separa Contoh: bebuli, pepohon, lelayang, kekuda dan sebagainya | |
iii. | Kata ganda bersajak Contoh: licin-licau, ulang-alik , suku-sakat dan sebagainya | |
iv. | Kata ganda berimbuhan Contoh: sayur-sayuran, buah-buahan, bunga-bungaan dan sebagainya | |
belajar bahasa melayu
belajarbahasa,belajarbahasamelayu,melayu,info bahasa,menuntut ilmu, percambahan fikiran,
AKTIVITI BAHASA
Rabu, September 29, 2010
KATA GANDA
KATA BILANGAN
1. Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan sesuatu.
2. Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu:
Jenis Kata Bilangan | contohnya |
kata bilangan tentu | satu, dua, tiga, dan seterusnya |
kata bilangan tak tentu | beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah- setengah, dan sebagainya |
kata bilangan pecahan | suku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya |
kata bilangan pisahan | setiap dan tiap-tiap |
kata bilangan himpunan | kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, ribuan, dan sebagainya |
kata bilangan tingkat | pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya |
kata bilangan tanya | berapa |
Jenis Kata Bilangan | contoh |
Kata bilangan himpunan 1. Menunjukkan bilangan yang tertentu. 2. Boleh diikuti dengan penjodoh bilangan. 3. Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan. | 1. satu,dua tiga, sepuluh 2. Dua ekor kambing. 3. keempat-empat, berpuluh-puluh, berjuta-juta, berabad-abad 4. Kebun Pak Abu menghasilkan berbakul-bakul durian setiap tahun. |
Kata bilangan tak tentu -menunjukan bilangan yang tidak tentu. | 1. segala, semua, para, beberapa, seluruh 2. Segala maklumat akan dikumpulkan. |
Kata bilangan tingkat -menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah. | 1. pertama, kedua, ketiga 2. Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam peraduan melukis. |
Kata bilangan pecahan -menunjukkan bilangan berbentuk pecahan. | 1. setengah. sepertiga, dua pertiga, seratus peratus 2. Hanya sepertiga ibu bapa murid Tahun Enam yang hadir ke majlis itu. |
Kata bilangan pisahan | 1. Masing-masing, tiap-tiap, setiap 2. Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera. |
KATA ADJEKTIF
Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu
kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya.
1. Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat.
2. Jenis-jenis kata Adjektif
Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat.
Contohnya; sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya.
1. Adjektif Jati
Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati.
Contoh
Buku itu berwarna biru.
Budak kurus itu kawan saya.
2. Ajdektif Bilangan atau pecahan
Ia menunjukkan bilangan atau pecahan.
Contoh
Ayah memiliki dua buah kereta.
Saya membeli beberapa kuntum bunga.
3. Adjektif Tunjuk
Ia menunjukkan “bagaimana” / “yang mana”
contoh
Baju ini mahal harganya.
Perkara demikian jangan diulangi lagi.
4. Adjektif pencerai / pengasingan
Ia menerangkan benda yang disifatkan itu dikira satu-satu atau selonggok-selonggok.
Contoh
Setiap pelajar mesti berdisipplin.
Ambil barang masing-masing.
CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH
1. | Cakap Ajuk dan Cakap Pindah ialah percakapan yang dilaporkan semula secara lisan atau tulisan tanpa mengubah maksudnya. |
2. | Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan tidak mengubah maksud asalnya. |
Contoh:“ Tutup pintu bilik itu, “ kata Helmi kepada adiknya. | |
3. | Dalam penulisan, tanda petik ("...") digunakan untuk cakap ajuk. |
4. | Cakap pindah ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan menggunakan bahasa tanpa mengubah maksudnya. |
5. | Tanda petik ("...") tidak digunakan dalam cakap pindah. |
Contoh:Helmi menyuruh adiknya menutup pintu bilik itu. |
Contoh:
Cakap Ajuk | Cakap Pindah |
``Saya harap awak dapat datang ke sekolah esok,’’ kata Cikgu Halimah kepada Musa. | Cikgu Halimah berharap agar Musa dapat datang ke sekolah esok. |
``Di bilik makmal sekolah, saya dapati terdapat enam buah kerusi. Saya juga melihat ada satu unit televisyen dan lima unit komputer yang diletakkan di atas meja di sebelah pintu masuk,’’ kata Ah Ling. | Kata Ah Ling, di bilik makmal sekolahnya terdapat enam buah kerusi serta satu unit televisyen dan lima unit komputer yang diletakkan di meja bersebelahan dengan pintu masuk. |
``Datang ke kantin segera!,’’ jerit Cikgu Linggam kepada murid-murid Tahun Enam Melur. | Cikgu Linggam berteriak mengarahkan murid-murid Tahun Enam Melur datang ke kantin segera. |
``Saya hendak ke kedai,’’ kata Mahani sambil mengayuh basikalnya. | Sambil mengayuh basikalnya, Mahani memberitahu dia hendak ke kedai. |
``Selamat Hari Guru,’’ kata murid-murid sekolah itu secara serentak semasa perhimpunan pagi. | Murid-murid sekolah itu mengucapkan Selamat Hari Guru secara serentak semasa perhimpunan pagi. |
AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK
Ayat Tunggal
1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.
Subjek = Lelaki gemuk itu
Predikat = sedang menembak burung.
Ayat Majmuk
1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.
Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )
B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( Ayat Majmuk )
PEMAJMUKAN
Kata Majmuk
1. Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu kata baru yang padu atau sebati maknanya.
2. Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk.
3. Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri-sendiri.
4. Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai maknanya masing-masing. Makna wang saku ialah wang dibawa untuk digunakan apabila diperlukan.
5. Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi maknanya sama atau hampir-hampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur lebur, dan sunyi sepi.
6. Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik, hancur lebur bererti hancur sama sekali, dan sunyi sepi bererti sangat sunyi.
Bentuknya
7. Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada yang bersempang.
8. Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari, kekuda, dan sebagainya.
9. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bumiputera, daripada, jurumudi, kadangkala, dan walaupun.
10.Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta.
11.Dari segi bentuknya, kata majmuk terbahagi kepada beberapa kelas seperti yang berikut:
(a) kata nama majmuk;
(b) kata bilangan majmuk;
(c) kata adjektif majmuk;
(d) kata kerja majmuk;
(e) kata sendi majmuk;
(f) kata keterangan majmuk;
(g) Kata hubung majmuk.
12 Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalam kelas kata nama.
Contoh kata nama majmuk, antara yang lainl-ain, ialah air mata, buah mulut, cita rasa, daun telinga, ganti rugi, dan hak cipta.
13. Kata bilangan majmuk, antara yang lain-lain, ialah tiga puluh, dua pertiga, dan dua ratus lima puluh.
14. Kata adjektif majmuk, antara yang lain-lain, ialah aman damai, buta huruf, cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut.
15. Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan.
Contohnya: angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan, dan gulung tikar.
16. Kata kerja majmuk ada juga yang terikat. Contohnya: mengadu domba, mengambil alih, mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah, membalas budi, membanting tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri, menyalahgunakan, menembak mati, dan bertungkus lumus.
17 Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada, dan sedari.
18 Kata keterangan majmuk, antara yang lainlain, ialah acap kali, boleh jadi, demikian, kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil lalu, dan sekali sekala.
19 Kata hubung majmuk, antara yang lain-lain, ialah apabila, manakala, dan meskipun.
Tugasnya
20. Kata majmuk mempunyai dua tugas seperti yang berikut:
(a) menetapkan kelas kata dasar. Contohnya.
air (kata nama) + mata (kata nama) | air mata (kata nama) |
lemah (kata adjektif) + lembut (kata adjektif) | lemah lembut (kata adjektif) |
mogok (kata kerja) + duduk (kata kerja) | mogok duduk (kata kerja) |
dari (kata sendi) + pada (kata sendi) | daripada (kata sendi) |
(b) mengubah kelas kata dasar. Contohnya:
apa (kata ganti tanya) + bila (kata keterangan tanya) | apabila (kata nama) |
alim (kata adjektif) + ulama (kata nama) | alim utama (kata nama) |
gulung (kata kerja) + tikar (kata nama) | gulung tikar (kata kerja) |
tumbuk (kata kerja) + rusuk (kata nama) | tumbuk rusuk (kata nama) |
cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif) | cerdik pandai (kata nama) |
lalu (kata kerja) + lintas (kata kerja) | lalu lintas (kata nama) |
banyak (kata adjektif) + mulut (kata nama) | banyak mulut (kata adjektif) |
lambat (kata adjektif) + laun (kata adjektif) | lambat laun (kata keterangan) |
Maknanya
21. Dari segi maknanya, kata majmuk dapat dibahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:
(a) kata majmuk wajar;
(b) kata majmuk kiasan
22. Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya, yang maknanya dapat diketahui daripada makna katakata yang menjadi komponennya.
Misalnya, buah anggur ialah kata majmuk wajar kerana maknanya tidak lain daripada buah yang bernama anggur.
23. Kata majmuk kiasan pula ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada makna yang ada pada kata-kata yang menjadi komponennya.
Misalnya buah hati ialah kata majmuk kiasan kerana maknanya tidak kenamengena dengan buah ataupun hati.
Makna buah hati ialah kekasih yang dicintai, bukan buah yang bernama hati.
24. Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk wajar.
adat istiadat alih bahasa bahasa pasar bakul sampah batang hidung cakera padat cantik jelita daya cipta dengki hati emas putih esok hari gagah berani galah canggah rendah hati sabun mandi sihat akal | gunung api hancurlebur harga borong hitam manis ikan parang inti sari isi perut juling air kaca mata kerak bumi otak depan olah raga pagar duri pindah tangan rabun jauh tahan lasak | kongsi gelap lampu duduk lipat ganda lubang hidung mabuk taut merah jambu minyak makan naik takhta nenek moyang orang gaji tuan rumah udang galah uji kaji wang saku warta berita zat air |
24. Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk kiasan.
akal kancil anak angkat anak baju anak emas anak kunci batu loncatan banyak mulut buah mulut bulan madu cahaya mata cakap angin campur tangan cekak musang dapur susu mata hari naik darah nyawa ikan otak udang tangan besi timbang rasa | darah daging datang bulan daun pintu emas kahwin embun jantan filem bisu gaji buta gantung kemudi gatal mulut gunung payung habis akal lalat hijau lebar mulut lemah semangat lepas tangan main angin malam buta sampai hati tali barut tanah air | hajat besar harga diri ibu ayam isi hati jalan bahasa jauh hati kaki tangan karat hati kata dua kecil hati kereta api papas hati panjang tangan pasar gelap patah hati rendah hati sagu hati sakit hati tumbuk rusuk |